Search

Pages

Friday, July 10, 2009

Kezutan..Surprise....

Awal minggu lepas..aku dikejutkan dengan berita Penyakit H1N1 telah menular di PETRONAS KLCC....risau lak aku..kebetulan level yang kena tu Level 35, yang mana tempat lama aku dulu...dah lah aku kuat gak melawat kat sana...risau nyer...tapi aku tawakal je...mintak2 tak kena...semua staff kat sana kena buat medical check up kat HKL atau Sg Buluh.
Staff yang positif tu terus dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk rawatan susulan. Alhamdulillah..baru2 ni dorang kata dia dah masuk ofis, dah sihat katanya.
Dia baru balik daripada Indonesia, maybe transit kat Singapore, tu yang kena.

Seterusnya, kezutan lagi, contract staff aku berhenti....sebab kenapa, apa, dan sebagainya tak dapat aku explain kat sini. Juz aku boleh highlightkan pasal business requirement sahaja.

Ketiganya, aku bakal dicampak ke HR, memandangkan section aku ni akan digabungkan dengan HR...yang ni aku tak leh terima....siyes, dah lah tengah amik ACCA, sah2 dorang tak recognoze kalu aku proceed kat HR department. Dah lah nak kena mula dari bawah, SKG tukar lagi, aduii tak larat aku, dah 4 tahun keje nak tukar2 balik....aku kena fight ni...kena start cari position kosong

Sab Nyer...

0 comments: