Search

Pages

Tuesday, November 11, 2008

Takziah..

Takziah kepada keluarga Allahyarham Hasnih Jamaluddin yang telah kembali ke rahmatullah pada 9 November 2008 yang lepas.
Semoga rohnya dicucuri rahmat....Al fatihah

******************************************************************************
sumbangan berita harian 11 November 2008
Dua beradik maut nahas tiga kenderaan


TAWAU: Dua beradik, termasuk seorang wanita yang baru melangsungkan pertunangan Sabtu lalu, maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Batu 15 Jalan Apas, di sini, petang kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 7.45 petang itu mengorbankan Hasnih Jamaluddin, 26, yang meninggal sejurus tiba di Hospital Tawau manakala adiknya, Mohd Hafiz, 9, yang mengalami pendarahan dalaman serius disahkan meninggal jam 9.30 pagi, semalam.

Dua lagi saudara kandung mereka iaitu Rudy, 23, yang juga pemandu kereta dilaporkan kritikal dan koma di Hospital Tawau manakala Mohd Hakim, 6, cedera di kaki kiri tetapi stabil.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Ramli Ali Mat, berkata empat beradik dari Kampung Pukat, Tanjung Batu itu menaiki kereta jenis Honda dan dikatakan dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Tawau.

"Ketika sampai di Batu 15, Rudy dipercayai hilang kawalan sebelum bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan yang membawa empat penumpang menghala ke Tawau.

"Keadaan itu menyebabkan sebuah kereta jenis Perodua Kenari yang membawa empat penumpang merempuh kenderaan pacuan empat roda berkenaan dari belakang," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ramli berkata, seorang daripada penumpang pacuan empat roda serta keempat-empat penumpang Kenari itu hanya cedera ringan dan punca kemalangan masih disiasat.




Sab Nyer...

0 comments: