Search

Pages

Saturday, June 7, 2008

Isu Fan Club

Tajuk macam gempak je kan....hihihihi
tak de apa2 pun sebenarnyer..... just sesaja nak higlightkan pasal kewujudan FC-FC artis yang macam cendawan tumbuh lepas hujan.....
kalau tak percaya leh tengok kat sini

http://forum3.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=247&page=1

Kemunculan fan club ni semakin berleluasa selepas kewujudan rancangan realiti seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol, One in A Million dan macam-macam lagi....bagus sangatkah ada banyak fan club ni?? Dorang ni sumer mainkan peranan ke tak untuk jatuh bangun seorang artis tu???

Bagi aku, FC memang penting untuk sesorang artis tu naik...tanpa sokongan peminat yang teguh, maka sebagus mana artis tu, tetap tak popular. Bukan nak agungkan atau nak tetapkan syarat semua artis perlu ada FC dorang, tapi ia lebih baik jika orang ramai nampak artis tu ada FC nye tapi jangan lah pulak FC tu pulak lebih-lebih dari artis...bak kata-kata kawan TAG...orang gelar GILA GLAMOUR....

Yang penting, kalau nak sokong artis tu bukan nak mintak ganjaran, hadiah, atau apa-apa balasan (terutamanya yang mengundi bebanyak tu) kerana artis tu bukan milik kita sorang, ia milik semua peminat mereka yang meminati artis tersebut.

Perlukah seorang artis tu kenal kita? Wajibkah untuk artis itu mengetahui nama semua ahli fan club nya? Berdosakah kalau artis tu tak ingat, atau tak kenal??
Aku rasa itu terpulanglah kepada individu untuk fikirkannya. Untuk aku, memadai kalau artis tu berjaya menghiburkan peminat mereka dengan baik, dan tidak buat hal (sombong, berlagak, FAKE).

Dan bagi yang menguruskan atau terlibat secara langsung dengan aktiviti artis, jangan lah pulak bermegah-megah dan tak fikirkan perasaan orang sekeliling.

Aku pernah join 2 fan club dan salah satu fan club yang aku join sekarang ni aku rasa sangat-sangat best. Aku tak terlibat atau rapat ngan artis yang aku sokong tu tapi yang aku suka, orang-orang penting FC tu akan invite dan maklumkan apa-apa aktiviti artis tu. Aku rasa beshh sangat and itu yang membuatkan aku nak join mana-mana artis tu buat show. Bagi aku sikap orang-orang kuat FC tu sendiri kena jaga. Kalau ok, orang lain pun rasa ok...kalau tak ok, dah tentu semua orang kutuk. Aku rasa info-info yang dorang bagi, aku accept sebagai advantage untuk aku.

As long artis dan member FC leh appreciate FC yang lain, that's ok...

1 comments:

Anonymous said...

Well said.