Search

Pages

Friday, August 29, 2008

Nelayan...Here we come..

Yeahhhh...geng kapitan kembali...
hihih...dah lama tak buat acara makan-makan ni..
memandangkan ada yang sedang dalam proses pendietan. So kirenyer kali ni berjaya gak kumpulkan semua ahli geng kapitan .
Kali ni lokasi yang dipilih Restoran Nelayan kat titiwangsa....
Permulaan cerita makan-makan ni seperti berikut:

Pukul 2.30pm, Sab buat reservation kat Nelayan, kata 5 orang nak makan....siap kena sindir nama lagi...tak guna punye orang...
pastu inform kat sumer geng kapitan yang Sab berjaya book tempat...so tak de alasan kata dah penuh lah, tak sempat book lah...
So Kapitan, sebagai PA MA tuk kiteorang hari ni, mula announce waktu-waktu. 5.25 pi toilet...buat apa yang patut...5.27 tutup PC...5.30 tajam kat bawah.....sumer stuju...yeahhhhhhh

Jam dah menunjukkan pukul 4.30pm....Pn zai buat reminder, tapi masa tu dayang su tak de, Norhaya ngan CT Nor bz ngan payment yang tak sign...huhuhuhuhu....Sab ngan pn Zai dah risau.....
Jam dah pukul 5.15 pm, reminder skali lagi...tapi sumer bz lagi...alahai...jadi ke tak ni.....dah siap ngumpat ngan Pn zai lagi......pastu call dayang su...trus dayang su jawab suh trus turun........
k lah...pastu sab turun, dah siap lengah-lengah lagi...tapi Sab tetap terawal. pastu muncul lak muka dayang su...dan diikuti Pn Zai....yang last skali sampai Nor ngan Norhaya...

Sab pun ada Elmo...jangan jeles

Bestnyerrrr

Dayang su mengimbau zaman kanak2

Pastu kami pun meneruskan perjalanan ke Restoran Nelayan, cuaca cerah hari ni, pn zai kata memang ikhlas lah orang yang nak blanja ni.....dalam perjalanan tu, kami dihiburkan oleh penyanyi baru yang suka menyanyikan lama...tapi leh lak satu lagu tu tersalah nyanyi. dengan konfiden jer dier teka lagu tu betul...hahahahahah

Pastu Norhaya masuk simpang nak ke rumah dayang su...masa ni, Pn zai macam 1st time datang situlah..Nor lak macam tourist guide tunjukkan kolej dier kat mana, umah dayang su....

Besonyer udang
Khusyuk nyer Norhaya makan
Dayang Su pun sama...
Makanan Sab
Akhirnya kami pun tiba.....tapi harapan punah bila tgk Nelayan still tutup lagi...aik kan dah pukul 6.00, patutnyer dah bukak....rupe2 nyer salah info...pukul 6.30 baru bukak...adoiii ai.....sambil menunggu restoran tu bukak,kiteorang sempat melakukan aktiviti biasa kami, amik gambo, ngumpat, n macam-macam lagilah.




Menunggu dengan penuh tak sabo





macam biasa, gambar duta


apa yang dorang gosipkan ni











TBC Later

Friday, August 22, 2008

Meeting wit VP Finance

Today, ada session dengan VP Finance, Mr George Ratilal pasal Finance Skill Group. Mr George unwell today, so Pn Nuraini, SGM Group Treasury on behalf presented Mr George Speech which talk about career progression for young executive in PETRONAS. in the same time, she also highlighted about what are the challenges and what we need to prepare in advance for our own career progression. Job Rotation, Mentoring, Skill Group Trainning and Professional Accountancy Program antara yang dihighlightkan...and Mr George sempat join us, at the end of the session for Q&A session which i think very active session, when everyone keep asking a question to him and also Pn Nuraini.
Before starts...
me
antara tetamu yang hadir
ayujah
Dayang ngan Sha

The benefit for this session is that it explain what are the importance of Finance faternity in PETRONAS, contributions, and to highlight some issue related to Seeding postions.
The sessions starts at 9.00 am and end at 11.30 am

Lunch @ DOME

hihihihi..
bukan slalu dapat org blanja...lagi2 tgh2 bulan ni...poket tgh kering...so bila ada org nak belanja...yahoooo...kite terima je.
Trime kasih pada mereka yang telah membelanja kami semalam @ Dome..
hihih
bukan senang nak makan kat sana...
yelah harga tu dah ler mahal...pastu time lunch slalu penuh....

Posisi Depan mata aku

Posisi tengah mata

posisi air aku

posisi air orang lain

Saturday, August 16, 2008

Happy Birthday Pn Zaiiiii & PETRONAS


Yeahhhhh
17 August 2008, Hari bermakna bagi Pn Zuraina a.k.a Kapitan.....harijadi yang ke brapa?hihihi teka sendirik yek....
rupa2 nyer hari jadi Pn Zai sama dengan Harijadi PETRONAS....yeahhhhh
Happy Birthday to both...

Camp Rock versi Melayu

BINTANG alih suara Camp Rock (dari kiri), Shawal, Riz, Amylea, Farah dan Adi Fashla.- Gambar FATAH SULAIMAN

Oleh :NORLIZA MOHAMAD ZAKARIAmailto:ZAKARIAliza.zakaria@utusan.com.my
BINTANG alih suara Camp Rock (dari kiri), Shawal, Riz, Amylea, Farah dan Adi Fashla.- Gambar FATAH SULAIMANPENGHASILAN versi alih suara filem mahupun animasi bukanlah sesuatu yang baru. Ia seperti sudah menjadi trend terkini untuk menarik perhatian lebih ramai penonton untuk menonton sesebuah karya yang dihasilkan.

Terbaru, filem yang berjaya mencecah rating 8.9 juta penonton saluran Disney di Amerika Syarikat, Camp Rock dialih suara ke bahasa Melayu.Bakal ditayangkan di saluran Disney (saluran 615, Astro) pada 7 September ini bermula pukul 7.30 malam, watak alih suara dijayakan oleh bintang-bintang popular Akademi Fantasia (AF) iaitu Adi Fashla (AF1) sebagai Jason Gray dan Farah (AF2) sebagai Tess Tyler.Tidak ketinggalan, Amylea (AF3) sebagai Mitchie Torres, Shawal (AF5) sebagai Nate Gray dan Riz (AF6) sebagai Shane Gray.

Naib Presiden dan Pengarah Urusan Walt Disney Television International, Laura E. Wendt pada sidang media versi alih suara filem itu baru-baru ini berkata, pemilihan lima bintang AF itu sebagai memenuhi kehendak semasa penonton berdasarkan karakter dan suara.

Sementara itu, Pengarah, Jenama dan Pengiklanan Astro, Mohamed Adam Wee pada majlis yang sama menyatakan bahawa Disney dan Astro sentiasa berusaha untuk menyediakan hiburan yang terbaik untuk para peminat saluran itu di negara ini.¡°

Selain kerjasama, ia turut memberi pengalaman dan pendedahan kepada bintang-bintang AF yang terpilih untuk mengetengahkan bakat mereka sebagai penghibur.¡°Pada masa akan datang, kerjasama seperti ini akan turut diberikan kepada bintang-bintang lain pula,¡± katanya.Versi asal filem Camp Rock dibintangi oleh artis rakaman Hollywood Records iaitu Jonas Brothers yang ditunjangi oleh Joe, Kevin dan Nick.Turut ditampilkan ialah penyanyi, pengubah lagu serta pelakon, Demi Lovato.Camp Rock memaparkan dua kisah remaja yang berbakat menulis dan mencipta lagu tetapi berasa ragu dengan impak penerimaan masyarakat terhadap karyanya.

Turut dipaparkan ialah kisah penyanyi muda yang hilang semangat untuk meneruskan kerjaya nyanyian lalu diarahkan keluar dari kumpulannya.Dalam sebuah kem khas, mereka belajar penuh keazaman untuk mempercayai diri dan menilai kebebasan untuk menjadi seperti yang mereka ingini.Menceritakan pengalaman sebagai bintang alih suara, kata Amylea, pengalaman tersebut ternyata sukar baginya memandangkan itulah kali pertama dia ¡®meminjamkan¡¯ suaranya dalam sebuah filem.¡°Bagaimanapun, watak saya dalam filem ini sedikit sebanyak ada kaitan dengan kehidupan diri saya yang sebenar,¡± katanya.

Riz pula menyifatkan bahawa sumbangan suara untuk watak Shane Gray merupakan suatu pengalaman yang cukup hebat dalam hidupnya.

Seperti Riz dan Amylea, Farah turut merasai pengalaman yang menyukarkan.¡°Membuat alih suara nampak mudah tapi sebenarnya tidak. Biarpun saya membuat banyak rujukan tentang watak Tess Tyler tetapi akhirnya perlu juga menjadi diri sendiri dalam alih suara,¡± kata Farah.

Kata Shawal pula, dia dan Adi berjaya mewujudkan keserasian kerana karakter kelakar dalam diri mereka sama seperti watak dalam filem tersebut.¡°Saya berjaya menghabiskan alih suara ini kerana mempunyai nilai sama seperti dalam filem, termasuk percaya dengan diri sendiri dan bekerja keras untuk mencapai impian,¡± kata Adi pula.credit to

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0816&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm