Saturday, August 16, 2008
Hiihihih...positive comment about Wall E
Oleh Farihad Shalla Mahmudfarihad@bharian.com.my
Andrew Stanton berjaya memanusiakan Wall.E Filem:
Wall.E Pengarah: Andrew Stanton
Suara Latar: Benjamin Burtt, Jeff Garlin dan Fred Willard
Genre; Animasi/Sains Fiksyen
Tarikh tayangan: 14 Ogos 2008
IDEA untuk menghasilkan filem animasi Wall.E ini tercetus sejak 14 tahun lalu dan pembikinannya pula hanya bermula sekitar 2004. Cukup panjang tempohnya namun bak kata pengarahnya, Andrew Stanton, dia memang sengaja mengambil masa untuk menghasilkannya kerana dia mahu filem itu terhasil dengan penuh kesempurnaan.
Dan andai kesempurnaan yang dimahukan, nyata impian Stanton itu tercapai jua kerana filem ini bukan saja sempurna dari segi pembikinannya tetapi juga amat menyentuh perasaan buat sesiapa yang menontonnya. Biarpun kisahnya berkisar kepada kehidupan sebuah robot Wall.E (Wall Allocation Load Lifter Earth-Class) namun Wall.E bukan seperti robot biasa. Di sebalik fizikalnya yang diperbuat daripada besi namun dia mempunyai jiwa dan perasaan persis seorang manusia. Bersendirian di muka bumi dan hanya ditemani seekor lipas sebagai kawan berbicara, penonton dapat merasakan betapa kosongnya hidup Wall.E. Namun kehadiran robot EVE (Extra-terrestrial Vegetation Evaluator) yang secara tiba-tiba muncul di muka bumi membawa perubahan terhadap Wall.E. Dia mula mengenal apa itu cinta. Hidupnya juga tidak lagi kesunyian dan setiap saat, Wall.E bagaikan tidak boleh berenggang dengan EVE sehingga membawa kepada satu peristiwa melucukan apabila Wall.E cuba meniru gaya dalam filem Hello Dolly! yang sering ditontonnya semata-mata kerana ingin memenangi hati EVE.
Menonton Wall.E, penulis bagaikan terkasima melihat ketelitian Stanton menjadikan Wall.E sebagai sebuah robot yang sempurna seperti manusia. Malah ada ketikanya, kesempurnaannya melangkau fitrah yang ditetapkan apabila mereka memiliki sifat saling menyayangi antara satu sama lain. Mungkin ia dianggap tidak logik kerana mana mungkin sebuah robot memiliki perasaan yang sama seperti manusia tetapi harus diingat hukum filem membolehkan kita supaya bebas berkarya dan tidak salah andai ia membawa mesej yang berguna buat penonton.
Kreativiti pengarah terserlah apabila metafora yang digunakan pengarah untuk menyampaikan mesej iaitu betapa kasih sayang dan usaha memelihara hubungan antara satu sama lain penting dalam kehidupan manusia berhasil. Dengan jumlah bajet yang disifatkan sederhana untuk sebuah filem animasi Hollywood, Wall.E mempunyai kelebihan tersendiri yang jarang ditemui dalam mana-mana filem animasi sebelum ini. Pun begitu, nilai estetika serta kekemasan animasinya masih lagi terpelihara.
Filem animasi kesembilan dihasilkan Disney and Pixar Animation Studios ini sudah pun ditayangkan di pawagam 14 Ogos lalu
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
another positive comment
==================
User Comments (Comment on this title)
341 out of 396 people found the following comment useful:- Who says popular films can't be art? "WALL·E" is magical, 27 June 2008
Author: AdnanZ from Canada
Who says popular films are not and cannot be art? If anything is proof that popular films can be of a stunningly high quality, the beauty of the animation, writing, music, and sound design in "WALL·E" is it. "WALL·E" eclipses even Andrew Stanton's "Toy Story" and "Toy Story 2" in the Pixar pantheon, is perhaps Pixar's best film to date and, call me crazy as I've just seen it, a contender for the title of best animated film, period."WALL·E" is everything we've come to expect from Pixar and more- colorful, vibrant, imaginative, exciting, involving, beautiful, and most importantly a film with interesting, involving characters. Sure, WALL·E is adorable, and as much credit as the animators get for that, this film would be nothing without Stanton's screenplay, which features very little dialogue but is still notably intelligent and surprisingly subtle, making a refreshing change from the 'go green' campaigns we're all so used to. Does "WALL·E" have a message? Sure, but it's an important message and it is delivered subtly and beautifully."WALL·E" operates on two levels (and works spectacularly well on both). It is a majestic science fiction epic like we haven't seen in a couple of decades and it is a genuinely touching and never cheap romance. "WALL·E" will never get points for originality but it doesn't exactly need them because the homages to great films and figures of the past- Chaplin, Keaton, Tati, the Marx Brothers, "2001: A Space Odyssey" (this one is particularly spectacular), "Close Encounters of the Third Kind" are actually homages and not ripoffs. "WALL·E" is a wonderful tribute to a bygone cinematic tradition (well, two or three of them actually). The social commentary in "WALL·E" is sobering because it's never overbearing and most importantly because we see the world through machines, machines who feel more about Earth and life than the humans do. The depiction of humans on the ship could have been incredibly offensive, cheap, and tasteless in concept but the execution here is absolutely perfect.What is most surprising about "WALL·E" is how sad it is. Not even in the 'how will they get out of this, oh I feel so sorry for them' way "Finding Nemo", a previous Stanton effort, is, but in a truly melancholy sense. The early portion of the film maintains all the playfulness of a Jacques Tati film but also evokes a striking and powerful feeling of loneliness. It's a brilliant introduction to WALL·E, given that the rest of the film is too wacky to bother with long scenes focused entirely on character, and works beautifully with the ugly yet beautifully-rendered future Earth, a barren wasteland filled with nothing but garbage, a seriously resilient cockroach being WALL·E's only companion before EVE shows up, but I won't go into the story- it's best you see it unfold for yourself.From the entertaining shorts shown before the film to the memorable characters, locations, and animation we have come to expect, Pixar films are now event cinema, and they have outdone themselves with "WALL·E". This film is spectacular, majestic, touching, involving, and achingly beautiful. Most importantly, however, it is perfect entertainment. I may be saying this too soon, but I don't think I have ever seen an animated film that has satisfied me more than "WALL·E", and 2008 is going to have to work hard to keep this from being the top film of the year, which it most certainly is at the moment.9.5/10
Olympic Beijing 2008 -Cabaran MALAYSIA - Lee Chong Wei
Artikel yang di petik daripada Berita Harian
SUKAN
Sukan Olimpik: 'Saya kejar kepuasan peribadi'
Emas Sukan Olimpik adalah sama penting seperti nyawa saya: Chong Wei TIADA siapa yang akan menyalahkan Lee Chong Wei seandainya dia berasakan dunia ini miliknya, malam tadi sesudah memastikan Malaysia akan pulang dari Beijing sekurang-kurangnya dengan satu pingat. Terbaring di gelanggang sebaik mengesahkan tiket ke final badminton perseorangan lelaki sebaik menewaskan Lee Hyun-il di separuh akhir, 21-18, 13-21, 21-13, sebelum bangun meluru memeluk erat jurulatihnya, Misbun Sidek yang air matanya jelas bergenang di kelopak matanya, sudah cukup menggambarkan kelegaan yang dirasainya. Biarpun ada satu lagi halangan yang menentukan warna pingat sama ada emas atau perak, Chong Wei sudah mencipta sejarah menjadi perseorangan pertama negara melangkah ke final Sukan Olimpik selepas Rashid Sidek sekadar memungut gangsa pada 1996
Ini juga adalah final kejohanan utama yang pertama buat Chong Wei, 26, dan pemain berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu tidak mahu sekadar puas dengan kemaraan itu sahaja, sebaliknya tetap memburu peluang mencari emas selepas membantu negara mengakhiri kemarau pingat di Olimpik sejak dua temasya lalu. Di Atlanta 1996, Malaysia memenangi perak menerusi pasangan, Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock dan gangsa yang dimiliki Rashid. 'Pingat perak sudah dikira dalam tangan tapi emas Sukan Olimpik adalah sama penting seperti nyawa saya. Saya memang mahukan pingat itu bagi diri sendiri selepas bekerja keras selama ini, selain untuk Misbun yang banyak membantu saya.
"Ganjaran kerajaan tidak pernah saya fikirkan sehingga kini kerana saya mengejar kepuasan peribadi. "Saya pasti akan beraksi bermati-matian di final nanti," katanya yang mengakui lega bebanan besar yang ditanggungnya sudah berakhir sebaik mengesahkan tiket ke final selepas mengharungi perlawanan selama 62 minit itu. Malah, Chong Wei menjelaskan dia tidur kurang daripada enam jam kelmarin kerana menanggung beban selepas menjadi satu-satunya wakil negara yang mara ke separuh akhir dalam acara badminton. Begitupun, dia kini pasti tenang menghadapi perlawanan akhir, esok kerana tekanan lebih dirasai pemain tuan rumah, Lin Dan yang turut layak ke final selepas menewaskan rakan senegaranya, Chen Jin 21-12, 21-18.
Namun, Chong Wei yang bermula baik pada set pertama tiba-tiba merudum prestasinya pada set berikut apabila menyerah 11 mata berturut-turut kepada lawan selepas mendahului 6-5 sebelum tewas 13-21. "Banyak kesilapan yang saya lakukan kerana ketika itu agak sukar menangani kelajuannya," kata Chong Wei. Begitupun, Chong Wei menjelaskan keyakinannya untuk menang, memuncak apabila kedudukan 15-10 pada set penentuan itu bagi mencatat rekod pertemuannya dengan Hyun-il kepada 6-5 yang berpihak kepadanya.
Wall E - Comment
Antara Screenshot
Tan Sri Hassan resign???
Shock!!!..Terkezut aku....
serius???
why aku tak dgr anything kat opis??????
huuhuhuhuhuh
Naper tetibe resign??? rsign as CEO/President of PETRONAS???
Who replace him???
Ya Allah....memang terkezut bangat...
aku dapat tau ni sebab papa cakap dier dengar kat berita....
Then today....the full explanation kat paper...maklumlah..semalam tak tgk berita....pi tgk wayang...jahat tak...hihihih
Rupa2 Tan Sri letak jawatan as Director kat PGB...fuhhh lega balik aku
Mohd. Hassan lepas jawatan Pengerusi Petronas Gas
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Petronas Gas Bhd. (Petronas Gas) mengumumkan peletakan jawatan Pengerusi dan Pengarahnya, Tan Sri Mohd. Hassan Marican, berkuatkuasa hari ini.
Menurut kenyataan Petronas Gas kepada Bursa Malaysia, jawatan yang dilepaskan Hassan, 55, akan diambil alih oleh Pengarah Petronas Gas, Wan Zulkiflee Wan Ariffin, 47.
Bagaimanapun, Mohd. Hassan masih mengekalkan jawatannya sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petroliam Nasional Bhd. (Petronas).
Petronas Gas adalah antara empat anak syarikat Petronas yang disenarai di Bursa Malaysia.
Petronas Gas terlibat dalam pemprosesan dan perkhidmatan penghantaran kepada Petronas dan pelanggannya.
sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0816&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_06.htm
Family time....
huha session....hahahahha
Adik with her " baby"..hahahahah
Ain with her cute hat
Wowwww
Hmmmmm
Posing
Me n my mum.....
me n my bro
me n adik
again....
hmmmmmJuz want to share few pic taken during my trip with my family to special location....hahahhahaha
Kat mana??? cannot tell lah...hihihih
but my younger sis cannot join...ade important thing have to settle lah plak....hihihi so 6 of us je lah yang pi secret location tu.....

